hidup ini tak seindah yang kita impikan dan tak sesukar yang kita cube untuk elakkan..cumenye... hadapi dengan tabah untuk menempuh hari2 mendatang ... Husnozhon always...
Wednesday, November 3, 2010
Secernih air , sebersih debu, seharum kasturi...
Allah hu akbar... Allah hu akbar.. Allah hu akbar..
Subhanallah... segalanya kepujian hanya untukMu...
Sukenye....minggu nie Alhamdulillah...hari 2 yang ceria..
Allah taburi nya dengan bunga2 kasih dari Nya..
diciptakan manusia untuk merasai belas kasih PenciptaNya...
Masa yang dinanti telah tiba....
Alhamdulillah... Kelantan akhirnya menang... Piala Malaysia 2010 milik Kelantan...
segalanya penuh episod suka duka....huhuhu...
tapi kelakar gak, cos ...orang len yang main, orang len yang berdebar lebey..
mase time kelantan lawan n9... kiteorang ade meeting untuk reunion tahun depan..
saje tak nak tengok live bola... cos..mesti berdebar nye...
tapi tak berdebar cam tahun lepas... tahun nie.. berdebar len...
seminggu sebelum final...hati nie dah runsing..
jantung berdebar dengan lajunye...hehehe..
mengikut pengalaman dan firasat dulu2... kalo berdebar awal tu..petanda nak menang..
tapi kalo berdebar time dieorang tengah lawan...chances nak kalah lagi tinggi dari nak menang..
dan terbukti..cos mase final, kelantan lawan n9, tak rase pe...seronok je mase makan malam dengan dieorang.... bincang2... sampai terlupe ade live bola sepak... dah dkat kul 10.45mlm... baru tersedar... rupenye disaat itu badhri (piya) baru habis buat tendangan run the ball die...huhuhu... memang power kuasa Allah...diberinya manusia suatu perasaan dinamakan 'instinct' supaya manusia merasai nikmat penciptaan dan kuasa Allah .... Masya Allah...
Dengan kemengan mereka, hidup ku bertambah ceria dengan lautan merah putih..(red warrior) yang tak putus2 menyokong walau sering dicaci dek kerana sikap mereka... namun apa yang boleh dilihat... jersi penyokong dan design seolah2 seperti selendang palestin (wujud kebetulan dalam kelantan & palestin) iaitu memperjuangkan Islam sebagai agama yang benar dan dipraktikkan di negeri masing2.... Allah hu Akbar !!! Takbir...
dengan semangat mereka yang sedikit pun tak pudar... (sehingga bendera PAS juga dikibarkan di bukit jalil dibawah score board)...menandakan bahawa Islam itu adalah agama kehidupan....
Itu cite pasal bola....
Sekarang cite lak pasal letupan gunung berapi di Indonesia... sejak akhir2 nie... banyak letupan gunung berapi yang berlaku... Gunung Merapi, Anak Krakatau...dan lain2 sering memuntahkan laharnya... Tsunami kembali menggemparkan penduduk dunia... puting beliung meranapkan harta dunia yang fana ini... hujan banjir menenggelamkan perisai dunia... apakah tanda yang ingin Allah sampaikan kepada umatnya????
yakni... Bersedialah kamu menghadapi hari pengakhiran dunia... kerna dunia sudah semakin ke penghujungnya... Ya Allah, sesungguhnya hanya pada mu aku memohon, tiada lagi tempat selain pada Mu, Pencipta sekalian Alam... matikan aku dalam imanMu Ya Allah, takutkan aku dengan AzabMu... Tetapkan hati ku agar tidak berbolak balik dr Agama Mu Ya Allah... Jadikan aku dan seluruh umat islam tetap pada AgamaMu biar langit bergoncang, biar bumi berputar, biar air mem'bah' lautan, titipkan selautan kasihMu buat umat Mu agar terus berpegang dengan taliMu... Amin Ya Allah... Tuhan sekalian Alam...
Semoga secalit peringatan ini mengembalikan seluruh umat Islam ke pangkal Jalan yang benar, sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara, kerna akhiratlah yang kekal selamanya... semoga aku dan seluruh umat islam bersama keluargaku diberi pelindungan Allah dari segenap bucu ujian agar dapatku tempuhi dalam mencari Redha Mu, Ya Allah.
Wallahualam.
Wassalam.
Friday, October 8, 2010
Amalan sunat.. Potong kuku...
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari
1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”)) wallahu a’lam.
inilah maklumat yang aku baca.. moga dapat diamalkan.. InsyaAllah...
Thursday, October 7, 2010
Kembara Hati...
Wednesday, October 6, 2010
Bercinta sampai ke Syurga...
Bismillahhirrahmanirrahim..
Allah hu Akbar... Allah Maha Besar..
Alhamdulillah ... Segala puji Bagi Allah..
Subhanallah.... Maha Suci Allah..
Penggerak hati setiap insan dimuka bumi ini... Alhamdulillah malam tadi.. g UIA dengar ceramah Ustazah Bahyah & Ustaz Akasyah & Ustaz Nurul Imran Koyube.. mengenai "bercinta sampai ke syurga"... Memetik dari kata2 ustaz akasyah :
dari Prof Dr. Hamka : CINTA ITU ADALAH PERASAAN YANG MESTI ADA PADA TIAP2 DIRI MANUSIA, IA LAKSANA SETITIS EMBUN, BERSIH DAN SUCI..
makanya, terpulang pada setiap insan untuk menghargai ke arah kebaikan atau menjerumus ke kancah kemungkaran...
Masa ustazah & ustaz masuk, ustazah ade lambai kat muslimat.. Subhanallah....berdesup masuk dalam hati.. betapa sukanya ..bila dapat jumpe ustazah.. hehehehe...
Pastu dengar r forum tu dari kul 9 sampai kul 11.. sebelum tu g kelas.. pastu sneak out... hahahah.. kelas english.. takpe..yang penting siapkan asgmt... sonang cite...
Masa datang UIA tu cam tercengang2 gak.. cos tak tau kat mane lokasi..aci redah je.. seb baik mulut rajin bertanya.. jadi tanye r kat sis kat situ.. then die bagi lokasi kat masjid.. terus je gerak ke sana.. sampai je masjid..betul 2 azan isyak.. terus ambil air sembahyang.. then.. naik ke tingkat 3...tempat jemaah muslimah..
Subhanallah.. tenangnya.. tengok muka2.. fisabillah... ada yang solat sunat.. tak kurang yang baca quran...n ade yang baca terjemahan... MasyaAllah... Allah hu Akbar...
Alhamdulillah sempat solat isyak berjemaah.. then turun bawah dengar ceramah Ustazah Bahyah & Ustaz Akasyah..
Habis je.. terus bangun n bagi kad kat sekretariat... suh bagikan kat ustazah.. dalam tu ade gambar aku n anee bersama ustazah n ustaz.. mesej kat belakang gambar.. bagitau tentang keadaan anee n sumayyah n mohon untuk ustazah berikan suntikan semangat padanya...
Allah hu Akhbar.. Allah dengar kata hati hambamu ini...
Aku pun balik dengan hati yang gembira.. kerana aku dapat akhirnya menghadiri majlis ilmu.. kerana sabda nabi.. majlis ilmu adalah umpama taman2 dari syurga.. jadi sape tak nak ke syurga?? aku nak.. jadi kene r datang..heheheh..
habis je.. terus rempit.. balik... pergh.. sejuk yang teramat.. seb baik pakai sweater.. Alhamdulillah... sampai rumah... kul 11 lebih...
Akhir kalam...
Hidup jauhi 4 P (seperti mana yang ustazah cakap) :
1. Pandangan (Jangan pandang lebih2)
2. Pegang (dari pandangan lah rasa ingin memegang)
3. Peluk ( setelah berpegangan timbul lah perlakuan berpeluk)..
4. Penzinaan ( yang akhirnya terjadilah zina)... Wal yau zubillah hi min zalik...
Salam.
Tuesday, October 5, 2010
Sebuah cerita..
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.. aku masih bernyawa hari nie..Alhamdulillah.. Maha suci Allah.. pemberi nyawa pada setiap insan.. hari nie life cam bese..huhuhu..
awal pagi lagi dah sampai.. tepat jam 7.30pg.. perh.. leh dapat APK tahun depan nie..ahaks.. InsyaAllah.. hari nie kene jaga chairman .. huhuhu.. tak susah mane.. beselah kalo jadi pengerusi.. bile2 nak datang..leh datang.. kita yang PA nie kene standby..hahahaa... boring2 duk kat tempat PA nie.. aku pun dengar r lagu pevrote...hehehe.. korea n nasyid r pe lagi.. tengok video clip ... tapi yang penting...kene hati2.. lagu2 korea nie.. banyak serongkan umat islam dengan penyanyi / penari akan pakai rantai salib sambil menari.. benarlah seperti yang aku lihat kat iluvislam.com.. tv adalah pemusnah dalam diam umat islam..
Ya Allah selamatkan umat islam dari bahana anasir kafir laknatullah..
semalam.. g kelas ekonomi dalam pengurusan awam.. huhuhu.. kelas kedua.. then satu kelas lagi yang bertembung.. kelas etika pengurusan.. lecturer tak dapat hadir.. cos tersilap tengok tarikh.. no worries.. hehehe.. ada hikmah..cos leh fokus kat ekonomi dalam pengurusan awam... mmm...
belajar ekonomi nie baru r terbuka minda camne nak tau permintaan dan penawaran..
permintaan ialah : barang yang mempunyai nilai tingkat harga dalam suatu tempoh tertentu..
banyak gak ilmu dipelajari semalam.. then lecturer die bukan islam.. tapi lihat pada cara dia mengajar penuh ikhlas.. cos die kate .. setiap insan yang hidup perlu mencari kebenaran... urm... bile die cakap camtu.. teringat ustaz fikri.. die masuk islam setelah die ingin mencari tuhan yang satu.. die juga adalah bekas sami hindu.. nie kan pula lecturer nie.. nampak cam berpegang kuat dengan agamanya.. n banyak gak tau tentang agama lain especially islam... tetibe tergerak hati.. mendoakan die agar mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk islam... dan menambahkan lagi umat nabi Muhammad S.A.W.
bercerita tentang islam... 2 tekad dalam hati.. 2 orang yang aku cuba untuk dekati dan bawa kembali menghayati erti islam yang sebenar.. bukan orang lain..orang yang dekat dengan diri aku juga.. kedua orang nie... sangat baik.. seorang menghayati islam dengan solat yang penuh dan melakukan amalan yang wajib..cuma nya.. die tidak memakai tudung... kerana faktor keluarga.. seorang lagi mualaf.. dari sabah... sebelum berkawin memeluk agama islam... sangat baik.. cuma belum menhayati islam dengan sebenarnya.....
Moga Allah beri aku kekuatan untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.. untuk mendapatkan hidayah Allah...
Urmm.. bila cite bab nie.. 2 orang yang rapat dengan aku pun dah nampak jauh ... die penah kate.. sume orang islam pasti masuk syurga, selepas habis diazab.. Ya benar... selepas diazab.. tapi die kan tau azab Allah amat pedih.. yang tiada satu benda/orang yang mampu untuk bertahan dengan siksa Allah... tapi dengan bangganya die boleh cakap camtu.. Wal ya u zubillah himinzalik... minta jauh dari siksa Allah...
tapi terpikir gak kat minda.. apakah ajaran agama yang dipelajari nya selama 6 tahun disekolah agama tak cukup untuk menyedarkan dia bahawa Azab Allah itu terlalu pedih...dan sangat menyiksakan??? bukankah sebagai umat islam... hendaklah mencari syurga dengan membuat apa yang disuruh oleh Nya dan meninggalkan larangNya... namun... bila berfikir kembali.. dalam bibit2 lagu raihan.. Iman adalah mutiara...
Iman adalah mutiara
didalam hati.. manusia..
yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa...
** Iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertakwa..
ia tak dapat dijual beli.. ia tiada ditepian pantai...
Walaupun Arwah ayahku seorang yang mencari jalan kebenaran... namun sebuah keimanan itu belum pasti dapat diwarisi oleh anak2..nya.. Ya Allah adakah engkau sedang menguji keluarga ku.??? tetapkan hati kami agar tidak berbolak balik.. kukuhkan ikatan kekeluargaan kami.. agar terus bersama ke akhir hayat dengan Izin Mu.. jadi kan umi ku setabah Siti Khadijah dalam menongkah ujian dunia ini... sesungguhnya beliau seorang ibu yang tidak jemu mencari rezeki demi membesarkan kami... sedangkan dirinya dihujani pelbagai ujian, dugaan dan cabaran dunia... cekalkan hati umi keteguh karang dilautan.. tidak berganjak walau dipukul badai.. limpahkan rezeki kepada keluarga ku seperti mana engkau turunkan hujan membasahi bumi Mu ini.. segalanya aku berserah pada Mu.. Amin ya robbal alamin..
Malam nie ade kelas english for higher education... dalam masa yang sama ada ceramah kat UIA.. anjuran sekretariat pelajar UIA.. dengan tajuk " bercinta sampai ke syurga"... InsyaAllah jika tak de aral... akan ku sampai jua kesana... Moganya kelas habis cepat..hehehehe... nak dapatkan tip2... cinta kepada 'dia' yang membawa aku cinta kepada Pencipta 'dia'.. Cinta yang dilimpahi dengan rahmat dari Dia.. cinta yang membawa aku memasuki mana2 pintu syurga.. cinta yang membuatkan aku menunggu 'dia' di pintu syurga.. cinta yang memberikan sebuah kehidupan yang mencari syurga yang berkekalan.... Amin...
Salam... Anneong haseyo...
Monday, October 4, 2010
Sebuah harapan....
Bismillah hirrahman nirrahim...
Hari nie hari mule keje.. cam bese mood on and off je..hahahaha..
semalam ngan sabtu penuh ... sabtu malam.. ade open house kat area rumah..
pastu ahad.. anak kawan umi kawin.. jadi g kenduri kawin..pastu g
makan rumah terbuka umno kt PPR hiliran ampang... Alhamdulillah...
Kenyang.. rezeki Allah.. nak balik rumah.. ade jiran jemput rumah terbuka..
jadi g r... dalam kul 6ptg... Rezeki Allah kat bumi Malaysia nie melimpah ruah...
Hari nie pepagi.. dah sampai ofis cam bese.. 7.30pg dah sampai..hehehehe..
pastu tido jap... take a nap r katekan..
malam tadi.. pah jemur baju... die cam bese r.. kalo tengah marah ..buat muke... huhuhu..
aku join venture r.. jemur baju.. pastu lipat baju.. huhuhuhu..
tapi kalo tengah marah...laju je keje jalan...
cume mulut nie rase geram je.. maklum r.. setan memang tengah mainkan peranan die...
tapi tahankan... cos...teringat yang ustaz kate... hidup nie memang penuh dengan ujian..
dah setel kemas n lipat baju.. menghadap komputer jap... tengok video clip super junior, girl generation, inteam.. tetibe leh plak terbayang... kalo aku kawin nanti ...camne r kehidupan aku nanti..hahahaha.. terbayang lak.. mase tua.... aku dah kawin...tinggal adik2 yang belajar.. pastu ..masing2 bawa diri.. alamak.. tak best nye... huhuhu.. ade lak camtu..
hari sabtu tu.. aku cari kunci..tak jumpe... puas cari .. malam tu hantar umi balik rumah.. stay kat rumah umi.. cos hujan turun dengan lebatnye... huhuhu.. mesej kat pah.. jumpe tak kunci.. seharian cari tak jumpe.. sambung esoknye..ahad.. sampai ke tengahari ...tak jumpe... kol jabir..
tanye ade terambil kunci tak.. alih2.. kul 1.30 ptg.. jabir balik.. cos nak hantar kete.. umi tanye ade nampak kunci tak.. die kate takde.. pastu die cari2 gak.. sekali.. tau kat mane?? hahahahaha..
ngok tol aku nie.. lupe tahap gaban dah nie.. ade bawah meja makan.. punye lah satu rumah selongkar.. sekali kat luar je.. kat bawah meja makan!!! awat r tak cari dari awal..hahahaha..
setel satu masalah... urmm... hari nie... tetibe je.. nak mulakan satu harapan baru... pe die ???
hehehehe... nak berubah ke arah kebaikan..... nak berubah menjadi lebih baik... nak berubah menuju kebaikan... bila fikir balik.. benarlah kejadian Allah.... setiap sesuatu kebaikan yang kita lakukan hendaklah istiqamah.. jadi pertama... nak kurangkan kadar kegarangan n kekerekan n kepanasan dalam diri.. mudah marah ... lagi2 kalo tak kene depan mata...
cuak juga.. makin lama hidup kat dunia.. makin risau dengan amalan yang telah dilakukan.. adakah cukup dengan umur yang ada?? atau makin berkurang kerana kesilapan yang sering dilakukan??? Wallahualam.. moga Allah maafkan aku....
pastu bile boring2.. dengar lagu2 inteam.. tak pun lagu korea.. teringin benar.. nak jadi seseorang... yang glamer..hahahaha.. tapi bile pikir2 balik.. tak kemana.. ape yang aku cari sebenarnya..??? syurga... syurga dunia ke syurga akhirat?? dah pasti syurga akhirat... tapi nafsu sentiasa mengawal gerak hati untuk mengagungkan dunia... apalah dunia nie.. sekadar sementara saja...
huhuhuhu...
akhirnya aku berkata.. : Allahhumman sur mujahidin fi palestin... berikan kekuatan kepada muhajid palestin.. dan matikan aku dalam imanMu Ya Allah.. sesungguhnya dunia semakin menghampiri akhirnya... ramai ulama dan ilmuan agama telah kembali ke rahmatullah.. dan yang tinggal hanyalah manusia yang bijak tetapi menggunakan akal dijalan yang terpesong.. Moga seluruh umat islam terutama keluargaku memegang teguh dengan AgamaMu Ya Allah...
takutnya aku pada azabMu Ya Allah.. tetapkan hati kami agar tidak berbolak-balik dengan keimanan kepada Mu.. Amin Ya robbal Alamin.
Friday, October 1, 2010
Pedihnye.............. :)
Allahumman sur mujahidin fi palestin....
hari nie tengok video clip ustas nicholas (bekas tentera kristinise)... Masya Allah.. Allah maha Besar..
Allah hu akbar3x...
sesungguhnya siapa yang beriman dengan Allah, nescaya mereka akan dapat merasai nikmatnya iman itu.. betapa kerdilnya kita sebagai manusia.. yang Allah pilih untuk menerima hidayah..
terdetik dari kata2 ustaz nicholas.. beliau dari seorang ulamak kristian telah menemui rahmah Allah.. dengan menerima Islam sebagai agama yang benar..
namun mengapa kita melayu.. yang sejak asalnye dilahirkan sebagai islam tidak mampu untuk berdakwah...
dimana silapnya?? itu yang aku sedang fikirkan... kerana bila mana kita dihidupkan kelak di padang mahsyar.. orang kapir akan tanya kepada Allah ... " selama aku hidup, tiada sapa yang menerangkan dan bercerita kepada aku tentang Islam" maka ditunjukkan kepada seluruh umat islam yang dikenali nya... iaitu kita... apakah jawapan kita ketika itu??? MasyaAllah.. kita leka ..
melayu leka.. aku leka... Dakwah yang perlu kita jalankan kepada semua umat... biarpun berlainan agama.. kerana belum tentu orang itu akan terus kapir.. jika kita tidak berdakwah..
kerana hidayah itu milik Allah.. Dia akan berikan kepada umatnya yang terpilih ... tugas kita adalah berdakwah dan terus berdakwah...
sedikit ilmu yang aku pelajari harini...
Alhamdulillah.. Allah berikan aku nyawa untuk meneruskan perjuangan hidup ini... Allah hu akbar...
hari nie.. tak bape sihat.. muke 'terbakar'...huhuhuhu... terlebey letak krim semalam..
pedih gilenye.. muke nie... Masya Allah.. Tuhan saje tau sakitnye..
muke tak leh gerak banyak2...
mmm... hari nie tak banyak mende berlaku.. cos satu hari aku tengok video clip ceramah.. dari tuan guru nik aziz, prof harun din, tuan guru abd hadi hj awang.. sehinggalah ustaz nicholas.. sumenye membuka lembaran baru... mengingatkan aku dari leka yang lama..
maklum r dah lama tinggalkan tempat belajar.. terlalu banyak mengejar dunia.. sehinggakan seringkali terleka dengan urusan akhirat.. Ya Allah selamatkan aku dari godaan dunia yang penuh cabaran ini...
Pagi tadi betty tanye pasal anee.. sedih hati ini, bila lihat sahabat .. sedang bertarung dengan ujian Allah.. anaknya dalam keadaan genting lagi.. moga nya namamu terus tabah sepertimana mujahidah solehah yang pernah bertarung demi menegakkan syiar Islam.. Takbir!!! Allah hu Akbar.!! tabahkanlah hidup keluarga Anee dan sembuhkan lah sakit sumayyah.. moga sumayyah akan hidup sebagai insanul mukminin...
Banyak yang aku lihat pada ini.. bila kita terlalu mengejarnya.. dunia akan semakin menjauh.. tetapi ... jika kita mendekatkan diri dengan pencipta dunia ini.. makan dunia akan mengekori...
aku balik rumah awal... cos nak hantar pah ke sekolah... die ade solat hajat sempena SPM die.. urmm.. balik je.. sekarang amalkan bagi salam.. supaya rumah dijauhi syaitan durjana...
masuk je... terus cakap kat pah.. pah kita kene berdakwah.. pah tanye.. nape kak... aku jawab.. sebab kita banyak berkawan dengan bukan islam.. tapi penahkah kita berdakwah dengan mereka.. jika kelak semasa dieorang dihadapan kepada Allah.. dieorang akan tanye.. kita tak penah ajar mereka tentang islam .. aku tanye pah.. kita nak jawab pe..?? pah pun diam.. haah.. camtu camne kak.. tu r... sebelah menyebelah rumah kita pun bukan islam.. tugas Allah berikan kepada kita untuk terus berdakwah.. dari segala genap segi.. dalaman dan persekitaran..
aku pun cakap kat pah.. pah kita kene berubah.. dalam rumah nie dulu.. teringat ustaz nicholas abdullah dan ustaz fitri abdullah.. die kate.. umat islam jika nak mendapat kemanisan iman... hendaklah jaga solat... jaga solat.. jaga solat.. itu yang aku terbayangkan.. jaga solat.. selama nie.. solat buat cukupkan rukun... sehinggakan aku rasa solat itu suatu kewajipan .. tetapi dibuat kadang di awal waktu.. kadang dipertengahan... kadang diakhir waktu.. jika solat tidak dijaga.. masakan amalan lain akan sentiasa istiqamah??? betul tak pah??? jadi.. kita kene jaga solat dulu.. dan sentiasalah solat jemaah.. aku cakap kat pah.. kita kene dakwah dan jaga solat...
muka nie masih sakit lagi.. sampai sekarang.. terasa seperti dibakar... ya Allah ampunkan dosa aku jika selama ini aku ada membuat salah dengan Mu Ya Allah.. teramatlah sakit mukaku nie ketika ini... sakit sungguh Ya Allah.. sakit Ya Allah...
apa pun.. hari ni.. Allah berikan peluang untuk aku mencari Nya.. kerana Dia pasti bersama orang2 yang sentiasa mengingatiNya.. k... salam... nak g amik pah.. dari sekolah die...hehehehe..
Assalamualaikum wbt... Allah hu Akbar....!!!!
Thursday, September 30, 2010
sweet potato.....
Allah humma barik lana fi ma rozak tana wakina azabannar...Amin..makan... urrp... Alhamdulillah..
nie penangan cite 2days 1night r nie.. tengok dieorang makan sweet potato tue.. sedap gile..
teringin nak makan.. g r beli dengan umi.. seb bek umi memang pakar dalam instint nie..
die tau je .. mane sedap n mane tak... bertuah aku dapat umi camnie.. pakar dalam segala bidang..
buka peti ais.. ade lak ikan bakar... pe lagi redah je ..... tapi masalahnye...
tak kenyang2 pun...
makanye... pah bagi cadangan... kak gi rebus ubi akak tue..
pap..!!! haah.. my ubi... owh nooo... kene rebus nie..
so rebus r.. air mesti lebih dari paras ubi.. pastu letak garam..
pelik kan.. kalo letak garam ikutkan mesti jadi masin... tapi kuasa Allah tak siapa boleh menyangkal... my potato menjadi sangat lah sedap.. manis dan berlemak gitu.. hahahaha..
dipendekkan cite.. kononnye nak jadi cam dalam cite korea... panas2 makan ubi..
amik r sebarang 2.. kopek panas2... terus masuk mulut.. perh... owh.. panas terbakar lidahku...pah gelakkan saje.. asbestos tul.. tapi ade gak ciri2 cam dalam cite korea..hahahah.nak jugak????
sesampai je kat ofis.. aku pun thumb in dulu.. pastu gerak ke tingkat 4.. kat surau.. sume kelengkapan dah sedia.. pe lagi.. amik sabun n tuala.. gi mandi kat tandas tingkat 4.. maklum r... kat situ sunyi sikit pagi2... barulah segar.. terpikir gak.. camne r ade orang leh tak mandi pagi sebab takut sejuk dan boleh datang ofis terus??? ish3x..
hari nie lak.. kepala dah pening.. selalu gak kepala nie pening.. kalo silap tido.. kalo cahaya lampu terlalu kuat.. cepat je tangkap kat kepala nie.. so hari ni bawa minyak panas mokyah.. lumur kat satu badan lepas mandi tadi.. baru leka sikit..Alhamdulillah... tapi masih terasa lagi..